Wednesday, February 20, 2013

Lebih banyak ilmu bila rajin membaca tapi bila?, bagaimana?

Ramai yang sangka jadi surui rumah banyak masa terluang.... benarkah begitu...kalau anak2 dah besar mungkin ya, tetapi untuk anak2 yang masih kecil seperti saya tentulah banyak sekali masa yg diluangkan untuk memenuhi tuntutan dan keinginan anak-anak. Walaubagaimana pun ini bukanlah alasan untuk kita menuntut ilmu. Dalam 2 tahun ini saya hampir tak dapat berseminar... berkursus... menghadiri ceramah2....teringinnya Allah saja yg tahu... tapi demi tanggungjawab terhadap anak2 terpaksa dipendam juga, salah satu sebabnya ialah anak saya yang paling kecil sangat sukar menyesuaikan diri dgn mana2 pengasuh, menangis tanpa henti kalau ditinggalkan tanpa saya disisi, di waktu inilah pengorbanan kudrat yang tak seberapa ni perlu dilakukan... kemana saja saya memang bawa baby bersama, sehinggalah sekarang.

Saya mula rasa tak senang duduk, bingung dan macam2 lagi yg difikir dalam kepala, apa yang patut saya lakukan...suatu hari dengan ilham dari Allah SWT saya ambil sebuah buku dari almari hubby yang sarat dengan buku ilmiah ( yg dahulunya memang jrg saya dapat sentuh sebab asyik dgn kerja, balik rumah melayan anak, suami dan bereskan kerja2 rumah). saya ambil dan letakkan dalam dashboard kereta.... just untuk suka2 nak baca tak tau bila...tapi saya niat suatu hari saya mesti baca buku nie....

ok bukunya bertajuk "LAW OF ATTRACTION",antara buku yg paling disayangi oleh en. suami sebab dia pesan siap2  "jaga elok2 buku nie". Saya curi masa2 terluang walaupun sedikit.

1.Waktu tunggu anak kat luar sekolah.
2.Waktu tunggu hubby ada appointment apa2 dgn customer.
3. Kat trafic ligth pun boleh ( yg kena tunggu sampai 150saat tu adeiii sangatla lama n boring)

dalam buku Law of Atrration nie secara ringkasnya ia memberitahu bahawa sesuatu yang kita fikirkan akan ditarik masuk dalam kehidupan (You attract into your life what ever you think about)






No comments:

Post a Comment